Pada zaman
dahulu terdapat sebuah pekan kecil yang sangat cantik terletak di kaki bukit.
Pekan tersebut di kenali Hamelyn. Penduduk di pekan tersebut hidup dengan aman
damai, tetapi sikap mereka tidak perihatin terhadap kebersihan. Pekan tersebut
penuh dengan sampah sarap. Mereka membuang sampah di merata-rata menyebabkan
pekan tersebut menjadi tempat pembiakan tikus.
Semakin hari semakin banyak
tikus membiak menyebabkan pekan tersebut dipebuhi oleh tikus-tikus.
Tikus-tikus
berkeliaran dengan banyaknya dipekan tersebut. Setiap rumah tikus-tikus
bergerak bebas tanpa perasaan takut kepada manusia. Penduduk di pekan ini cuba
membela kucing untuk menghalau tikus dan ada diantara mereka memasang perangkap
tetapi tidak berkesan kerana tikus terlampau banyak. Mereka sungguh susah hati
dan mati akal bagaimana untuk menghapuskan tikus-tikus tersebut.
Musibah yang
menimpa pekan tersebut telah tersebar luas ke pekan-pekan lain sehinggalah pada
suatu hari seorang pemuda yang tidak dikenali datang ke pekan tersebut dan
menawarkan khidmatnya untuk menghalau semua tikus dengan syarat penduduk pekan
tersebut membayar upah atas kadar dua keping wang mas setiap orang. Penduduk di
pekan tersebut berbincang sesama mereka diatas tawaran pemuda tadi. Ada diatara
mereka tidak bersetuju oleh kerana mereka tidak sanggup untuk membayar upah
yang sangat mahal. Setelah berbincang dengan panjang lebar akhirnya mereka
bersetuju untuk membayar upah seperti yang diminta oleh pemuda itu kerana
mereka tidak mempunyai pilihan lain.
Keputusan
tersebut dimaklumkan kepada pemuda tadi, lalu dia mengeluarkan seruling sakti
dan meniupnya. Bunyi yang keluar dari seruling itu sangat merdu dan mengasik
sesiapa yang mendengarnya. Tikus-tikus yang berada dimerata tempat didalam
pekan tersebut mula keluar dan berkumpul mengelilinginya. Pemuda tadi berjalan
perlahan-lahan sambil meniup seruling sakti dan menuju ke sebatang sungai yang
jauh dari pekan tersebut. Apabila sampai ditepi sungai pemuda tadi terus masuk
kedalamnya dan diikuti oleh semua tikus.Tikus-tikus tadi tidak dapat berenang
didalam sungai dan semuanya mati lemas.
Kini pekan
Hamelyn telah bebas daripada serangan tikus dan penduduk bersorak dengan
gembiranya. Apabila pemuda tadi menuntut janjinya, penduduk tersebut enggan
membayar upah yang telah dijanjikan kerana mereka mengangap kerja yang dibuat
oleh pemuda tadi tidak sepadan dengan upah yang diminta kerana hanya dengan
meniupkan seruling sahaja. Pemuda tadi sangat marah lalu dia menuipkan seruling
saktinya sekali lagi. Irama yang keluar dari seruling itu sangat memikat hati
kanak-kanak menyebabkan semua kanak-kanak berkumpul di sekelilingnya. Satelah
semua kanak-kanak berkumpul pemuda tadi berjalan sambil meniupkan seruling dan
diikuti oleh semua kanak-kanak. Pemuda itu membawa kanak-kanak tersebut keluar
dari pekan Hamelyn. Setelah Ibu Bapa menyedari bahawa mereka akan kehilangan
anak-anak, mereka mulai merasa cemas kerana kanak-kanak telah meninggalkan
mereka dan mengikuti pemuda tadi. Mereka mengejar pemuda tadi dan merayu supaya
menghentikan daripada meniup seruling dan memulangkan kembali anak-anak mereka.
Merka sanggup memberi semua harta benda yamg ada asalkan pemuda tersebut
mengembalikan anak-anak mereka.
Rayuan penduduk
tidak diendahkan oleh pemuda tadi lalu mereka membawa kanak-kanak tersebut
menuju kesuatu tempat dan apabila mereka sampai disitu muncul sebuah gua dengan
tiba-tiba. Pemuda tadi mesuk ke dalam gua itu dan diikuti oleh kanak-kanak.
Setelah semuanya masuk tiba-tiba gua tersebut gaib dan hilang daripada
pandangan penduduk pekan tersebut. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa oleh
kerana mereka telah memungkiri janji yang mereka buat. Merka menyesal diatas
perbuatan mereka tetapi sudah terlambat. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian
tidak berguna.
Sehingga hari
ini penduduk pekan Hamelyn tidak melupakan kesilapan yang dilalukan oleh nenek
moyang mereka. Menepati janji adalah pegangan yang kuat diamalkan oleh penduduk
pekan Hamelyn sehingga hari ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar